"Satu keputusan yang tepat untuk saya meluangkan masa berharga bagi membaca laporan ini sehingga ke lampiran terakhir. Tahniah Aqif!"

Satu pendedahan yang eksklusif daripada saudara Aqif. Bagi saya ini merupakan satu pendedahan yang mampu mendidik para pengguna Internet agar meninggalkan komen yang berkualiti untuk kebaikkan semua pihak.

Pengolahan ebook ini sangat matang dan menarik daripada anak muda ini! Nampaknya, ia adalah satu keputusan yang tepat untuk saya meluangkan masa berharga bagi membaca laporan ini sehingga ke lampiran terakhir. Tahniah Aqif!


Adly a.k.a Labanon
Team FlareBiz
www.MajalahIm.com

Apakah Teknik Yang Terbukti Berkesan Untuk Anda Menjana Trafik Dengan Hanya Meluangkan Masa Selama 10-20 Minit Sehari?

Kini, A.Q telah mendedahkan sebuah teknik yang dinamakan "Blog Commenting" di dalam ebook sulung beliau dimana ianya dapat meningkatkan trafik blog anda sebanyak 200%! Apa yang paling penting ialah ianya boleh dilakukan dengan:

Semudah A-B-C
Panduan yang spesifik dan padat.
Hanya memerlukan masa anda selama beberapa minit sahaja.
Tiada kos. Ya, 100% PERCUMA!

Terus terang A.Q katakan bahawa ebook ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana trafik ke blog mereka.

Dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan:

Maksud sebenar "Blog Commenting"
3 Kepentingan Blog Commenting Yang Anda Wajib Tahu
4 Kesilapan Blog Commenting Yang Harus Anda Elakkan
5 Teknik Blog Commenting Didedahkan Bagi Memaksimakan Penjanaan Trafik Ke Blog Anda.
3 Kaedah Spesifik Yang Anda Boleh Gunakan Bagi Penjanaan Trafik Jangka Masa Panjang.
Dan banyak lagi!

Tetapi sebelum anda mempunyai niat untuk melaburkan wang anda untuk membeli ebook ini, A.Q sarankan agar anda muat turun terlebih dahulu edisi preview dengan klik pada link di bawah:

Muat Turun Preview

Kini Terbukti

Dengan menggunakan teknik "blog commenting" ini, anda akan dapat meningkatkan trafik blog anda dari:

menjadi..

Apa Kata Mereka?

"Ebook Blog Commenting ialah ebook yang sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang melayari internet. Malahan saya amat menyarankan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk membina kredibiliti dan karier di internet."

- Norakmal Jasni

"Saya telah mencuba dalam masa 3 jam selepas membaca ebook ini dan ternyata ianya amat berkesan"

- Baloot

Anda ingin tahu maklumat lanjut? Sila skrol ke bawah untuk melihat testimonial mereka.

Bonus Istimewa Untuk Anda!

Jika anda membuat keputusan untuk mendapatkan ebook "Teknik Blog Commenting" pada hari ini. Anda akan mendapat bonus produk secara PERCUMA yang bernilai RM47!

Ebook Rahsia Penulisan Artikel
(Bernilai RM47)

Deskripsi ebook:
Sebuah ebook yang mendedahkan teknik-teknik rahsia penulisan artikel yang meliputi:

  • Penjanaan Idea
  • Pengurusan Masa
  • 3 Rahsia Penulisan Artikel Yang Anda Perlu Tahu
  • Teknik Membina Kredibiliti Didedahkan
  • 2 Cara Menjana Pendapatan Dengan Artikel
  • 3 Rahsia Promosi Artikel Anda Dengan Efektif
  • Dan Banyak Lagi!!

Kesimpulannya, ebook ini amat sesuai untuk dibaca oleh anda yang ingin mengetahui teknik-teknik penulisan artikel, penjanaan idea dan cara sebenar untuk menjana pendapatan dari artikel. Ebook bersaiz A4 sebanyak 51 muka surat ini akan mendedahkan satu-persatu maklumat tersebut.

 

Adakah Anda Berminat Untuk Memiliki Produk Eksklusif Ini Dengan Harga Serendah RM30 Sahaja?

Jika ya, maka lakukan pelaburan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan anda dalam penjanaan trafik dengan memiliki ebook "Blog Commenting" hari ini. (Harga mampu miliki - RM30)

Anda boleh lihat sendiri apa yang anda akan dapat jika anda pesan hari ini:

Ebook "Pendedahan Eksklusif Blog Commenting"
RM10
Ebook "Rahsia Penulisan Artikel"
RM47
Customer Support (Bantuan Email)
RM399
Pelaburan Anda
RM503 RM30 Sahaja

 

Biodata Penulis:

Muhammad Aqif bin Azizan adalah penulis sepenuh masa, pereka grafik dan laman web, dan juga usahawan internet yang telah memulakan perniagaan beliau dalam menyediakan perkhidmatan reka bentuk grafik dan laman web pada tahun 2005 sehingga 2007.

Dikenali sebagai pengasas laman blog AqifStrategi.com, Aqif kini meletakkan fokus beliau sepenuhnya dalam perniagaan internet seperti GDI dan penghasilan buku digital. Beliau amat meminati bidang penulisan dan kini menggunakan kuasa penulisan sepenuhnya untuk menyalurkan informasi, tips dan panduan kepada para pembaca melalui medium di internet seperti blog, forum, ebook dan sebagainya.

Kini, anak muda ini mengorak langkah untuk maju kehadapan dengan mempunyai visi dan misi untuk menghasilkan beberapa buah produk digital yang dipanggil ebook. Terdapat beberapa sebab utama beliau memilih ebook untuk dijadikan sebagai penyalur informasi manfaat kepada pembaca. Antaranya ialah ia mudah untuk dihasilkan dan karya penulisannya tidak terhad dimana beliau tidak perlu mematuhi syarat-syarat untuk menerbitkan sebuah buku.

Antara individu-individu yang sering membantu dan menaikkan semangat Aqif dalam meneruskan penghasilan karyanya melalui produk digital ini adalah saudara Zamri Mohamad, Mohd Zulfadli, Rohaizad, Pn. Ainon, dan Norakmal Jasni. Aqif juga telah membuat keputusan untuk mencipta sebuah karakter yang dinamakan “A.Q” sebagai maskot AqifStrategi.com dan MakroInformasi.com bagi mencetuskan keunikan dalam setiap produk yang bakal dihasilkannya dikelak.

Jika anda masih lagi meragui kualiti dan keberkesanan ebook ini, sila lihat testimonial-testimonial yang telah diberikan oleh mereka yang telah memiliki ebook "Blog Commenting" ini

"Teknik yang anda perkenalkan ini nampaknya bukan sahaja untuk mencari trafik tetapi ianya lebih daripada itu"

Aqif, ramai orang mencari kejayaan dalam perniagaan internet. Namun tidak ramai yang tahu teknik mencari trafik yang merupakan nadi utama kejayaan dalam perniagaan di internet ini. Teknik yang anda perkenalkan ini nampaknya bukan sahaja untuk mencari trafik tetapi ianya lebih daripada itu. Terima kasih! Ianya salah satu perkongsian yang baik untuk semua rakan kita!


Razif Yusof
www.TipsPenjimatan.com

 

"Memang benar kesilapan adalah pengalaman yang berharga. Tetapi masih ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kesilapan. Yakni belajar dari kesilapan orang lain."

Semasa saya mula-mula menceburi bidang penulisan blog kira-kira dua tahun yang lalu, saya sering melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan yang saya lakukan adalah tidak wajar. Memang benar kesilapan adalah pengalaman yang berharga. Tetapi masih ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kesilapan. Yakni belajar dari kesilapan orang lain. Saya yakin, A.Q menulis Ebook ini hasil daripada pengalaman A.Q sendiri. Dan secara jujur sebagai seorang penulis blog, saya juga melakukan kesilapan yang sama dua tahun yang lalu. Belajarlah dari kesilapan kami, dan jangan ulangi perkara yang sama.

Melalui ebook Blog Commenting, A.Q mendidik para pembaca berkenaan cara yang tepat untuk membina kredibiliti melalui komen di blog-blog lain. Komen yang membuta tuli dan tidak beretika, tidak dapat mewujudkan perasaan suka di hati pembaca lain. Jika keadaan ini berlaku, maka blog anda juga tidak akan dikunjungi sesiapa walaupun anda meninggalkan beratus-ratus komen setiap hari. Bagaimana caranya untuk meninggalkan komen yang tepat? A.Q telah menghuraikannya dengan mudah di dalam ebook ini.

Ebook Blog Commenting ialah ebook yang sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang melayari internet. Malahan saya amat menyarankan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk membina kredibiliti dan karier di internet.

Terima kasih A.Q, kerana mendidik pengguna internet Malaysia. Semoga lebih ramai pengguna dapat memanfaatkan ilmu yang A.Q kongsikan.


Norakmal Jasni
Pengasas Komuniti Motivasi Kejayaan
www.MotivasiKejayaan.com

 

"Saya telah mencuba dalam masa 3 jam selepas membaca ebook ini dan ternyata ianya amat berkesan"

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada saudara Aqif kerana telah berjaya menghasilkan ebook yang amat bernilai bagi para blogger Malaysia. Ebook Blog Commenting ini amat sesuai jika anda seorang blogger. Tidak kira anda Newbie Blogger or Professional Blogger, ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Ebook ringkas ini mengandungi 40-halaman yang padat dan senang difahami oleh semua peringkat umur. 

Amat sesuai jika anda ingin MENAIKKAN TRAFFIK KE LAMAN BLOG anda secara percuma dan berterusan serta dalam tempoh jangka masa panjang. Teknik-teknik yang dikongsikan oleh Aqif begitu senang dipraktikkan oleh saya sendiri. Saya telah mencuba dalam masa 3 jam selepas membaca ebook ini dan ternyata ianya amat berkesan. Walaupun tidaklah begitu banyak, tetapi ianya secara berterusan.

Saya juga dapat mempelajari tentang KEPENTINGAN Blog Commenting serta KESILAPAN Blog Commenting. Antaranya seperti meluahkan pendapat di blog lain, membina kredibiliti secara tidak langsung dengan memberi komen dan memilih niche yang sesuai dengan blog saya. Terima kasih di-ucapkan kepada saudara Aqif.


Baloot
http://blog.balootisme.com

 

"Kalau 10 bintang, saya berikan 9 bintang untuk ebook ini"

Saya tak tahu nak kata apa dengan ebook yang dihasilkan oleh saudara Aqif ini sebab ia sememangnya padat dan penuh informasi.

Input yang dinyatakan oleh Aqif nampak mudah, namun tidak ramai yang lakukannya, termasuk saya sendiri kadangkala, jadi, dengan ebook ini, saya mendapat sedikit 'peringatan' untuk saya lakukan dengan baik pada masa hadapan.

Terima kasih Aqif

Kalau 10 bintang, saya berikan 9 bintang untuk ebook ini.

Ikhlas,


Mazlie Nadzri
Tips, Artikel dan Motivasi Usahawan Internet
www.MazlieNadzri.com

 

"Tahniah Aqif sebab melahirkan sebuah ebook yang bagus"

Tahniah Aqif. Ebook yang anda hasilkan sangat bagus dan tersusun. Bukan itu sahaja malahan ebook ini sangat kemas dari segi susunan ideanya. Terus terang saya katakan ebook ini sangat sesuai bagi 'newbie' atau mereka yang masih baru berkecimpung dalam dunia blog.

Bagi mereka yang ada blog dan sering berlegar difikiran "bagaimana ingin menarik trafik pembaca ke blog anda". Ebook ini adalah jawapan bagi soalan tersebut. Yang penting segala apa yang anda boleh praktikkan adalah Percuma!

Ia bukan sahaja menunjukkan cara menarik trafik tetapi membongkarkan kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang blogger! Banyak lagi yang terkandung dalam ebook yang ringkas dan padat ini.

Tahniah Aqif sebab melahirkan sebuah ebook yang bagus!


Safuan Sipenglipurlara
Usahawan Internet
www.PemikatJualan.com

 

"OTAI BLOGGER pun disaran mendapatkan ebook ini!"

Bismillah :)

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Aqif kerana telah berjaya menghasilkan ebook mengenai Teknik Blog Commenting ini dengan SANGAT2 terperinci. Saya ingatkan saya sudah arif mengenai cara untuk meninggalkan comment di blog orang tapi saya baru sedar saya telah melakukan kesilapan yang besar iaitu TIDAK XXXXXXXX LAIN!

Terima kasih kepada saudara Aqif kerana telah mengingatkan saya dan memberi peluang untuk review ebook ini.

OTAI BLOGGER pun disaran mendapatkan ebook ini!


Ridzuan Richie
www.RidzuanRichie.com

 

"Teknik yang simple tetapi kesannya amat besar"

Pendedahan eksklusif Aqif ini amat penting untuk dibaca oleh semua usahawan internet! Teknik blog commenting ini begitu simple tetapi kesannya amat besar dalam menjana web trafik PERCUMA dalam skala yang lebih menguntungkan !!


Mohd Nuur Fahmy a.k.a Code7
Admin
www.RahsiaEbiz.com / www.EbookJutawan.com

 

"Penyampaian yang bersahaja membuatkan ebook ini cukup mudah untuk difahami"

Tahniah kepada saudara Aqif kerana telah menghasilkan sebuah ebook yang bermutu. Dengan hanya 40 muka surat, saudara Aqif berjaya mengupas tentang "BLOG COMMENTING" dengan begitu baik sekali.

Terus terang saya katakan, ebook ini cukup kemas dan tersusun. Penyampaian yang bersahaja membuatkan ebook ini cukup mudah untuk difahami. Pengisian yang padat dalam ebook ini, pasti akan membantu anda.

Aqif turut berkongsi kelebihan tentang BLOG COMMENTING ini. Antaranya:
1. Cara membina kredibiliti
2. Cara bagaimana anda boleh menjana trafik

Tidak rugi saya meluangkan masa saya untuk membaca ebook ini. Sememangnya ia sangat, berguna untuk saya. Dan saya yakin, ebook ini pasti dapat membantu anda pula selepas ini. InsyaAllah.


NorazwanJalil aka Juan

 

P.S: Soalan terakhir yang perlu anda tanya pada diri sendiri sebelum anda membeli ebook ini ialah "Adakah penting untuk blog saya menjana trafik yang tinggi pada setiap bulan?". Jika ya, maka ebook ini akan menerangkan secara spesifik terhadap satu teknik penjanaan trafik percuma yang dinamakan "Blog Commenting".

P.S: Anda sendiri sudah lihat testimonial-testimonial daripada mereka yang telah memiliki ebook ini. Ada diantara mereka yang telah mendapat keputusan yang memberangsangkan setelah mengaplikasikan ilmu yang diajar dalam ebook tersebut. Jadi, adakah giliran anda selepas ini?

P.S: Setiap pembelian anda akan diberikan jaminan 30 hari pemulangan wang. Ini bermakna anda tidak akan kerugian apa-apa jika tidak berpuas hati dengan ebook ini.

Penafian (Disclaimer)

Ebook ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. 

Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. 

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini ketika penulisan dan rakaman, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam MakroInformasi ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Anda dirayu supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, serta menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.

Dengan belian ebook ini, anda tersekat oleh syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

E-Book 'Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting' dibangunkan oleh Digital Methodology Solutions (001968247-W) & © 2010. All Right Reserved.